MEMBINA PASARAN LEBIH CEPAT

Geran sokongan untuk syarikat pemula yang berpusat di Pulau Pinang

Geran Perolehan Pelangan

Digital Penang memahami bahawa syarikat permulaan peringkat awal memerlukan sokongan kewangan untuk membantu mereka memasuki pasaran, memperoleh pelanggan, perbelanjaan aktiviti pemasaran, mempamerkan produk di acara industri utama, dan aktiviti perolehan pengguna/pelanggan yang lain.

Geran ini bertujuan untuk membantu anda membiayai sebahagian dari aktiviti-aktiviti tersebut dengan komitmen di pihak anda untuk menggunakan geran ini bagi meningkatkan hasil pendapatan syarikat anda secara berkesan.

Ia bukan geran untuk membayar kos operasi, perkakasan, atau sumber manusia (HR) anda.

Terjemahkan geran kepada pendapatan untuk kelestarian syarikat permula anda.

Lebih daripada MYR250,000 telah disalurkan sejak 2023 untuk menyokong syarikat permula di Penang.

Kriteria Kelayakan Asas*

Butiran kelayakan dan syarat permohonan boleh didapati dalam dek permohonan.

Komitment Anda Dalam Program

RM2,000 wang sendiri untuk pengaktifan geran RM15,000 | Kadar pertumbuhan MRR purata sebanyak 15% – 20% sepanjang tempoh program.

Terbuka Untuk Semua Syarikat Pemula Teknologi SAAS dan Perusahaan Sosial (Berteras Teknologi) Di Pulau Pinang

Tempoh Permohonan & Tarikh Akhir:

15 Nov 2024 sehingga 28 February 2025

Syarikat anda mestilah sebuah Sdn Bhd dan entiti yang didaftarkan dalam Pangkalan Data Syarikat Permula Digital Penang serta Ahli Komuniti.

Cara Mengajukan Permohonan

Muat turun Checklist permohonan berikut. Hantar kepada kami melalui borang di bawah.

-Ajukan Permohonan Anda Di Sini-

Saya ada Soalan | Sessi Taklimat Program

Penafian

Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program tersebut adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. Digital Penang berhak untuk menghentikan atau menggantung Program tersebut, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada sesiapa, dan untuk memerlukan penghentian segera sebarang penggunaan khusus Program. Di samping itu, kami berhak, mengikut budi bicara kami, untuk menggantung, menamatkan atau mengehadkan akses orang awam atau peserta kepada Program pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab. Digital Penang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana Pihak yang mengambil bahagian atau menaja Program ini.