Bertindak Sekarang! Sertai Komuniti Teknologi Kami
Acara-Acara Teknologi dan untuk Syarikat Permula Akan Datang
Klik sepanduk acara untuk mendaftar bagi acara yang anda minati.
Permohonan Penajaan Acara dan Aktiviti Teknologi
PENAFIAN & TERMA
Digital Penang berhak mutlak untuk meluluskan atau menolak sebarang cadangan yang dihantar. Jika anda tidak menerima maklum balas dari kami dalam tempoh 2 minggu selepas penghantaran, ia dianggap cadangan anda ditolak.
Digital Penang hanya menaja acara atau aktiviti yang berkaitan dengan teknologi. Had maksimum penajaan adalah RM1,000 kecuali dalam keadaan khas. Digital Penang berhak untuk menentukan jumlah penajaan.
Untuk semua acara atau aktiviti yang ditaja, anda dikehendaki menyediakan laporan ringkas kepada Digital Penang selepas acara selesai, termasuk gambar, senarai penuh pendaftaran dan maklumat kehadiran, serta maklum balas aktiviti oleh peserta dalam tempoh 5 hari dari tarikh selesai acara.
Untuk acara dan aktiviti yang ditaja, Digital Penang tidak menyediakan tenaga kerja untuk menganjurkan ruang, tidak diwajibkan untuk mempromosikan acara anda, atau membantu dengan penceramah dan perlibatan lain.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan peserta, penggunaan ruang dan peralatan yang disediakan dengan selamat dan betul, serta pemulangan aset tersebut dengan baik, termasuk menyusun semula meja dan kerusi (jika diadakan di premis Digital Penang).
Jumlah penajaan hanya akan dikreditkan ke akaun penganjur setelah syarat-syarat di atas dipenuhi dan selepas acara atau aktiviti selesai.
Aktiviti haram yang melanggar undang-undang Malaysia dan merokok adalah TIDAK dibenarkan sama sekali.
Untuk tempat makan dan minum semasa acara, sila semak dengan Digital Penang untuk tempat yang sesuai.
Acara anda wajib meletakkan logo Digital Penang pada bahan promosi anda, sama ada dalam talian atau fisikal, termasuk #digitalpenang dalam sebarang promosi media sosial. Sila sebut “Ditaja oleh [Logo Digital Penang]”.